Wednesday, September 29, 2010

Women Self Defend Workshop



    Women's Self Defense Workshop merupakan sebuah program yang telah dianjurkan oleh "SRM Gegar!" dengan kerjasama daripada pihak IPK Perak. Program ini telah berlangsung pada 26 September 2010 di Seminar Room 7, Undercroft, bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Workshop ini telah disampaikan oleh penceramah daripada pihak IPK Perak iaitu DSP Pn Siti Azzah bt Abd. Rashid dengan dibantu oleh rakan beliau, Sarjan Rohani bt Shah.Women's Self Defense Workshop juga merupakan hasil daripada kolaborasi antara "SRM Gegar!" dan HELWI. Workshop ini telah menerima penyertaan dan keuntungan yang agak menggalakkan di mana kami mendapat penyertaan daripada pelajar-pelajar UTP dan juga peserta daripada pihak HELWI sendiri. Workshop ini merangkumi dua slot di mana slot pertama diisi dengan ceramah dan pengetahuan tambahan yang bersinambungan dengan masalah-masalah yang dihadapi wanita. Slot kedua pula diisi dengan pendekatan melalui persoalan. Sambutan yang menggalakkan diterima daripada peserta-peserta di mana mereka aktif mengajukan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi oleh kaum wanita pada masa kini serta cara dan jalan terbaik untuk mengelakkan diri daripada bahaya. Program ini berakhir dengan penyampaian saguhati kepada DSP Pn. Siti Azzah. Jutaan terima kasih kepada pihak IPK Perak, HELWI dan juga kepada seluruh komiti "SRM Gegar!" atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. 








No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.