Thursday, September 30, 2010

Bike Frenzy


Pada 23 September 2010 hingga 29 September 2010 telah dijalankan aktiviti bike frenzy di tasek Utama UTP. Pada hari pertama sewaan diadakan sambutan agak mengecewakan kerana didapati tidak ramai pengunjung tasek UTP mengetahui mengenai aktiviti yang sedang dijalankan oleh SRM GEGAR di tempat tersebut. Walau bagaimanapun, setelah di promosikan oleh petugas-petugas Bike Frenzy  serta sokongan ahli komiti SRM GEGAR sendiri, kami mulai mendapat pelanggan. Pada hari keesokannya pula Bike Frenzy tidak dijalankan kerana keadaan cuaca yang tidak begitu mengizinkan. Selain itu didapati hanya 2-3 orang sahaja yang bersiar-siar di tasek pada petang itu. Seterusnya pada hari ketiga sewaan diadakan sambutan agak menggalakkkan. Dengan izin Tuhan cuaca agak sesuai untuk beriadah. Seterusnya pada hari terakhir sewaan dijalankan Bike frenzy mencatatkan kutipan terbanyak pada hari tersebut. Terima kaseh diucapkan kepada semua yang terlibat  dalam menjayakan aktiviti ini. Rentetan daripada promosi di Tasek UTP juga telah menarik lagi ramai pelajar berminat untuk membeli basikal dari Bike Frenzy. Setelah dijalankan selama 3 hari bike frenzy, kami berjaya mengumpul RM22.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.