Thursday, September 30, 2010

Brain Triathlon


     BRAIN TRIATHLON atau dengan nama pendeknya iaitu 'BT' telah selamat diaksanakan pada 27 september (hari isnin) yang lalu bertempat di seminar room 4 dan 5. Seramai 183 pelajar dan diringi 6 orang guru dari  Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar dan kesemuanya adalah pelajar lepasan UPSR tahun 2010 telah menyertai BT ini. BT ini telah dimulakan dengan pembacaan Doa, dan seterusnya berkenalan dengan semua facilitator dan 'warm-up activities' seperti chicken dance dan tarian tomy-tomy.Sepanjang BT ini dijalankan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di dalam 'seminar room' mahupun di luar kawasan 'seminar room' dengan tujuan untuk memberi keseronokan dan pengalaman. Semua pelajar ini telah dibimbing oleh 25 orang fasilitator terdiri daripada kakak-kakak dan abang-abang UTP yang baik hati dan sempoi. Empat modul telah dijalankan iaitu Brain Teaser, Rocket Invention, Wira Telor dan Green Invention.Pelajar-pelajar SKSI ini juga berpeluang melihat 'Breakdance'  dan ini merupakan bonus kepada pelajar-pelajar tersebut. Kesemua fasilitator ini diketuai olah kak ciput dan abang gobok. Sebagai penutup, penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Mohd Hasyimie bin Mohd Nasir dan wakil guru pengiring iaitu Cikgu Nor Mazni. Sebelum berpisah, satu gambar kenangan pelajar-pelajar bersama fasilitator telah dirakamkan buat kenangan 'Family Brain Triathlon 2010'









BREAK DANCE PERFORMANCE


Tarikh : 26 September.
Masa : 3pm-4.30pm.
Tempat :  SRM Gegar Exhibiton, Chancellor Complex, UTP
Performed by:  Interbeatz Crew, UTP Breakdance Team.



                Interbeatz Crew adalah satu-satunya sebuah kumpulan breakdance yang ada di UTP. Ahli-ahli mereka bercampur pelajar luar negara dan pelajar Malaysia. Ketua kumpulan ialah Taha Orazov, berasal dari Turkmenistan. Pada hari tersebut hanya 5 sahaja yang dapat menghadirkan diri untuk membuat pertunjukan. Sesi pertama bermula pada pukul 3.15pm dan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pengunjung-pengunjung booth exhibiton SRM Gegar. Sesi kedua dijadualkan lewat sedikit daripada yang dirancang atas sebab mahu menarik lebih ramai penonton. Pada pukul 4.10pm aksi breakdance Interbeatz Crew untuk sesi kedua dipersembahkan di hadapan adik-adik kecil dari Brain Triathlon. Setelah habis persembahan, kumpulan Interbeatz Crew dibawa ke Green Room untuk menikmati sedikit hidangan. Keseluruhannya, Breakdance Performance SRM Gegar berjaya berjalan dengan baik.







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.