Tuesday, October 12, 2010

Malam Prihatin Sanggar Mustika










Friday, October 1, 2010

27-29 September 2010



BRIDAL STUDIO










LAPTOP BIDDING




Thursday, September 30, 2010

Bike Frenzy


Pada 23 September 2010 hingga 29 September 2010 telah dijalankan aktiviti bike frenzy di tasek Utama UTP. Pada hari pertama sewaan diadakan sambutan agak mengecewakan kerana didapati tidak ramai pengunjung tasek UTP mengetahui mengenai aktiviti yang sedang dijalankan oleh SRM GEGAR di tempat tersebut. Walau bagaimanapun, setelah di promosikan oleh petugas-petugas Bike Frenzy  serta sokongan ahli komiti SRM GEGAR sendiri, kami mulai mendapat pelanggan. Pada hari keesokannya pula Bike Frenzy tidak dijalankan kerana keadaan cuaca yang tidak begitu mengizinkan. Selain itu didapati hanya 2-3 orang sahaja yang bersiar-siar di tasek pada petang itu. Seterusnya pada hari ketiga sewaan diadakan sambutan agak menggalakkkan. Dengan izin Tuhan cuaca agak sesuai untuk beriadah. Seterusnya pada hari terakhir sewaan dijalankan Bike frenzy mencatatkan kutipan terbanyak pada hari tersebut. Terima kaseh diucapkan kepada semua yang terlibat  dalam menjayakan aktiviti ini. Rentetan daripada promosi di Tasek UTP juga telah menarik lagi ramai pelajar berminat untuk membeli basikal dari Bike Frenzy. Setelah dijalankan selama 3 hari bike frenzy, kami berjaya mengumpul RM22.





Pre-Aktiviti MARSYA

  
 
    Pada 23-26 September 2010 , bertempat di Tasik Utama Universiti Teknologi PETRONAS(UTP) , dari pukul 5.00-7.00 petang , " SRM Gegar !" telah menganjurkan Pre-Aktiviti MARSYA .Acara ini telah dijalankan secara empat hari berturut-turut.Antara aktiviti yang dijalankan adalah Galah Panjang , Baling Selipar, Lawn Bowling , Kayak , Catur , Congkak , dan Carrom. Disamping itu , terdapat juga acara seperti Bike Frenzy serta jualan daripada Jabatan Bisnes.


Sambutan para pengunjung  terhadap acara ini pada permulaanya agak hambar kerana  cuaca di Tronoh yang tidak menentu namun sokongan daripada ahli komiti SRM GEGAR! sendiri telah mengakibatkan sambutan meningkat.Aktiviti yang paling hangat mendapatkan sambutan adalah aktiviti kayak. Kolaborasi antara SRM GEGAR dan Kelab Kembara dan Rekreasi UTP menyumbang kepada kejayaan acara ini.Pada hari ketiga dan keempat , cuaca yang baik serta bersesuaian dengan hari minggu , terdapat banyak pengunjung yang bertandang untuk menikmati keseronokkan yang tidak terhingga disamping bersantai dan berjoging.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada para pengunjung luar dan dalam UTP yang menyertai acara  ini.Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada ahli komuniti SRM GEGAR! yang menyokong dan bersama-sama menjayakan acara ini.







28th September 2010

    Bengkel Kaligrafi Cina


    Pada 28 september 2010, SRM GEGAR telah mengadakan satu aktiviti yang dinamakan BENGKEL KALIGRAFI CINA. Bengkel tersebut telah diadakan di Chancellor Foyer bertempat di bahagian pameran. Bengkel tersebut yang disertai oleh 13 peserta UTP sendiri yang kebanyakannya adalah pelajar foundation bertujuan untuk mengetahui serta mendalami tulisan bahasa cina yang unik selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia kita sendiri. Bengkel ini juga dilaksanakan dengan harapan untuk merapatkan lagi hubungan antara pelajar dalam komuniti universiti ini sendiri. Majlis bermula sedikit lewat pada pukul 3.15 minit petang yakni 15 minit lebih lewat daripada jadual asal atas sebab para peserta lambat hadir ke lokasi bengkel yang telah ditetapkan. Selepas itu, tenaga pengajar seramai 3 orang memulakan tugas mereka memperkenalkan tulisan kaligrafi cina ini kepada para peserta dengan menceritakan sedikit latar belakang serta menunjukkan karya-karya yang telah dihasilkan. Tepat pada pukul 4 petang, peserta diberi peluang untuk mencuba sendiri menulis tulisan tersebut dengan tunjuk ajar tenaga pengajar. Mereka diajar cara-cara memegang berus dengan betul serta teknik-teknik menulis di atas surat khabar sebelum memindahkan tulisan terbabit ke atas kertas merah. Bengkel tersebut berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 5.45 petang. Majlis penyerahan sijil penghargaan kepada para pengajar serta sijil penyertaan kepada para peserta telah disampaikan oleh Naib Pengurus Projek SRm GEGAR 2010, Cik Nur Aqilah Binti Nordin. Majlis bersurai pada pukul 6 petang.













SUARA SISWA
















5R Campaign - 23th-26th September 2010

5R campaign adalah singkatan bagi recycle, reuse, reduce, repeat, reuse. Kempen ini berlangsung selama 4 hari bermula pada 23 hingga 26 September pada pukul 3 - 5 petang. Pada 23 September, kempen ini telah berlangsung di Cafeteria V3, kemudian bermula pada 24 hingga 26 September, kempen ini diadakan di Cafeteria V4. Selain memungut barang-barang terpakai, flyers berinformasi tentang mengitar semula juga diedar kepada orang ramai.





Brain Triathlon


     BRAIN TRIATHLON atau dengan nama pendeknya iaitu 'BT' telah selamat diaksanakan pada 27 september (hari isnin) yang lalu bertempat di seminar room 4 dan 5. Seramai 183 pelajar dan diringi 6 orang guru dari  Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar dan kesemuanya adalah pelajar lepasan UPSR tahun 2010 telah menyertai BT ini. BT ini telah dimulakan dengan pembacaan Doa, dan seterusnya berkenalan dengan semua facilitator dan 'warm-up activities' seperti chicken dance dan tarian tomy-tomy.Sepanjang BT ini dijalankan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di dalam 'seminar room' mahupun di luar kawasan 'seminar room' dengan tujuan untuk memberi keseronokan dan pengalaman. Semua pelajar ini telah dibimbing oleh 25 orang fasilitator terdiri daripada kakak-kakak dan abang-abang UTP yang baik hati dan sempoi. Empat modul telah dijalankan iaitu Brain Teaser, Rocket Invention, Wira Telor dan Green Invention.Pelajar-pelajar SKSI ini juga berpeluang melihat 'Breakdance'  dan ini merupakan bonus kepada pelajar-pelajar tersebut. Kesemua fasilitator ini diketuai olah kak ciput dan abang gobok. Sebagai penutup, penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Mohd Hasyimie bin Mohd Nasir dan wakil guru pengiring iaitu Cikgu Nor Mazni. Sebelum berpisah, satu gambar kenangan pelajar-pelajar bersama fasilitator telah dirakamkan buat kenangan 'Family Brain Triathlon 2010'









BREAK DANCE PERFORMANCE


Tarikh : 26 September.
Masa : 3pm-4.30pm.
Tempat :  SRM Gegar Exhibiton, Chancellor Complex, UTP
Performed by:  Interbeatz Crew, UTP Breakdance Team.



                Interbeatz Crew adalah satu-satunya sebuah kumpulan breakdance yang ada di UTP. Ahli-ahli mereka bercampur pelajar luar negara dan pelajar Malaysia. Ketua kumpulan ialah Taha Orazov, berasal dari Turkmenistan. Pada hari tersebut hanya 5 sahaja yang dapat menghadirkan diri untuk membuat pertunjukan. Sesi pertama bermula pada pukul 3.15pm dan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pengunjung-pengunjung booth exhibiton SRM Gegar. Sesi kedua dijadualkan lewat sedikit daripada yang dirancang atas sebab mahu menarik lebih ramai penonton. Pada pukul 4.10pm aksi breakdance Interbeatz Crew untuk sesi kedua dipersembahkan di hadapan adik-adik kecil dari Brain Triathlon. Setelah habis persembahan, kumpulan Interbeatz Crew dibawa ke Green Room untuk menikmati sedikit hidangan. Keseluruhannya, Breakdance Performance SRM Gegar berjaya berjalan dengan baik.