Pada 23-26 September 2010 , bertempat di Tasik Utama Universiti Teknologi PETRONAS(UTP) , dari pukul 5.00-7.00 petang , " SRM Gegar !" telah menganjurkan Pre-Aktiviti MARSYA .Acara ini telah dijalankan secara empat hari berturut-turut.Antara aktiviti yang dijalankan adalah Galah Panjang , Baling Selipar, Lawn Bowling , Kayak , Catur , Congkak , dan Carrom. Disamping itu , terdapat juga acara seperti Bike Frenzy serta jualan daripada Jabatan Bisnes.
Sambutan para pengunjung terhadap acara ini pada permulaanya agak hambar kerana cuaca di Tronoh yang tidak menentu namun sokongan daripada ahli komiti SRM GEGAR! sendiri telah mengakibatkan sambutan meningkat.Aktiviti yang paling hangat mendapatkan sambutan adalah aktiviti kayak. Kolaborasi antara SRM GEGAR dan Kelab Kembara dan Rekreasi UTP menyumbang kepada kejayaan acara ini.Pada hari ketiga dan keempat , cuaca yang baik serta bersesuaian dengan hari minggu , terdapat banyak pengunjung yang bertandang untuk menikmati keseronokkan yang tidak terhingga disamping bersantai dan berjoging.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.