Wednesday, September 29, 2010

Cake Saloon


  Pada 25 September 2010, aktiviti "Cake Saloon" telah berlangsung di Lecture Room 17, Blok B pada pukul 2 hingga 6 petang. Acara ini dikendalikan oleh Pn. Norma Mohamed Saleh daripada Aroma Cake House. Cake Saloon ini telah disertai oleh 35 orang peserta yang merupakan mahasiwa dan mahasiswi UTP sendiri. Acara ini dapat membuktikan bahawa mahasiswa di Universiti Teknologi Petronas bukan sahaja berbakat dalam bidang akademik malahan juga kemahiran seperti menghias kek. Reaksi mahasiswa amat menggalakkan dan setanding dengan mahasiswi.

            Penggunaan peralatan menghias dan cara menghias kek merupakan intipati yang di ajar pada hari tersebut. Saat paling menggembirakan apabila kami iaitu Komiti-komiti SRM “Gegar!” sendiri turut serta menghias kek bersama para peserta ibarat satu keluarga walaupun baru sahaja  mengenali sesama sendiri. Masing-masing mengasah bakat yang lama dipendam dan akhirnya dicungkil pada hari ini dengan berhasilnya hiasan-hiasan yang menarik dan unik. Pelbagai karenah dan gelagat para peserta dan komiti-komiti yang mencuit hati termasuklah Pengurus Projek kami sendiri.
           
            Kami juga mengadakan sesi pengadilan. Sesi ini bertujuan mengadili hasil seni yang dicoretkan pada kek masing-masing dalam pelbagai bentuk,simbol, tulisan dan warna. Pemenang bagi menghias kek jatuh kepada Azimah Mohd Hamdan dan pasangannya, Nor Nadia Aida Mahadi. Selepas itu, Cake Saloon diteruskan lagi dengan Pemberian Penghargaan kepada instructor dan sesi fotografi. Sesi fotografi telah mengakhiri Cake Saloon SRM “Gegar!”.











No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.