Thursday, September 30, 2010

28th September 2010

    Bengkel Kaligrafi Cina


    Pada 28 september 2010, SRM GEGAR telah mengadakan satu aktiviti yang dinamakan BENGKEL KALIGRAFI CINA. Bengkel tersebut telah diadakan di Chancellor Foyer bertempat di bahagian pameran. Bengkel tersebut yang disertai oleh 13 peserta UTP sendiri yang kebanyakannya adalah pelajar foundation bertujuan untuk mengetahui serta mendalami tulisan bahasa cina yang unik selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia kita sendiri. Bengkel ini juga dilaksanakan dengan harapan untuk merapatkan lagi hubungan antara pelajar dalam komuniti universiti ini sendiri. Majlis bermula sedikit lewat pada pukul 3.15 minit petang yakni 15 minit lebih lewat daripada jadual asal atas sebab para peserta lambat hadir ke lokasi bengkel yang telah ditetapkan. Selepas itu, tenaga pengajar seramai 3 orang memulakan tugas mereka memperkenalkan tulisan kaligrafi cina ini kepada para peserta dengan menceritakan sedikit latar belakang serta menunjukkan karya-karya yang telah dihasilkan. Tepat pada pukul 4 petang, peserta diberi peluang untuk mencuba sendiri menulis tulisan tersebut dengan tunjuk ajar tenaga pengajar. Mereka diajar cara-cara memegang berus dengan betul serta teknik-teknik menulis di atas surat khabar sebelum memindahkan tulisan terbabit ke atas kertas merah. Bengkel tersebut berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 5.45 petang. Majlis penyerahan sijil penghargaan kepada para pengajar serta sijil penyertaan kepada para peserta telah disampaikan oleh Naib Pengurus Projek SRm GEGAR 2010, Cik Nur Aqilah Binti Nordin. Majlis bersurai pada pukul 6 petang.













SUARA SISWA
















No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.