Thursday, August 26, 2010

Iftar Gegar bersame-same advisor



Pada 25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadan, "SRM Gegar" telah menganjurkan majlis iftar untuk semua
 ahli Gegar. Aktiviti seperti ini dianjurkan adalah untuk menjalinkan hubungan baik sesama ahli serta dapat juga berbuka bersama-sama dengan advisor SRM. Majlis ini telah diadakan di Blok B. Tepat pukul 6.40 petang, majlis bermula dari ucapan Abg Din iaitu Presiden SRM 2010. Beliau telah mengingatkan kami mengenai erti mensyukuri nikmat Allah,.Alhamdulillah.


ucapan presiden

Seterusnya, majlis diserikan dengan ucapan advisor yang begitu bermakna. Beliau telah memberi sedikit sebanyak keinsafan dan mengingatkan kita mengenai matlamat kita dalam menjayakan event "SRM Gegar" 2010 dan seterusnya memberi semangat kepada kita untuk terus maju ke hadapan.

ucapan advisor


muka dengan penuh keinsafan..Alhamdulillah

Inilah makanan yang telah disediakan oleh departmen FnB kepada kami semua. Alhamdulillah, makanan nye sangat sedap,..yuuummmm...Kami bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kami.

pencuci mulut

sayur kubis


ayam masak black paper..

Pada pukul 7.30, Alhamdulillah,..berkumandangnya azan magrib. Syimi telah mengetuai untuk bacaan doa berbuka puasa. Semua ahli telah beratur untuk mengambil makanan masing-masing.


ish3,.banyaknye makan

Kami masing-masing makan dengan penuh kusyuk. Setelah itu, kami solat magrib berjemaah di masjid lama UTP serta solat hajat agar event "SRM Gegar" 2010 dapat dijalankan dengan lancar dan juga mendapat keredhaan daripada Yang Maha Esa. Majlis diakhiri dengan tazkirah di  masjid. Kami mengucapkan Terima Kasih tidak terkira kepada departmen FNB kerana telah menyediakan makanan yang sedap kepada semua. Akhir kata, SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA. Semoga Ramadan kali ini bermakna kepada kita semua,..aminn..  

makan dengan ayu~

kelaparan


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.