Pada 7 Ogos 2010, kami telah mengisi masa di Cinta Alam Kelimat untuk menghadiri "Family Day ". Di sini lah bermulanya perjalanan cerita daripada kami sebagai ahli "SRM Gegar!" 2010.
Pada pukul 8 pagi, kami telah berkumpul di V2 Cafe bersama-sama. Walaupun agak sukar untuk kami bangun terlebih awal, namun kami gagahkan jua demi "SRM Gegar" 2010 yang tercinta. Apabila selesai mengumpulkan ahli-ahli Gegar, kami telah menaiki kenderaan masing-masing. Ada ahli yang menaiki bas dan ada juga yang menaiki kereta ahli Gegar. Semua orang menjaga tatatertib ketika menaiki bas iaitu beratur sebelum menaiki bas.
Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam untuk samapai ke destinasi yang dituju. Kebanyakan antara kami yang sudah nyenyak tidur apabila bas sudah bergerak. Yelah, "pagi masih muda", itulah ungkapan yang digunakan untuk kami tidur awal pagi.
Jambatan gantung
Sesampai sudah kami di sana, setiap orang perlu menaiki jambatahn goyang-goyang ini, alangkah seramnye hidup kami pada ketika itu hanya Tuhan Yang Tahu. Had orang untuk menaiki jambatan ini adalah 5 orang sahaja. Sepanjang kami melalui jambatan ini, kami dapat rasakan seperti hendak jatuh ke dalam sungai. Tetapi akhirnya, semua orang sudah selamat sampai di seberang pulau sana iaitu Kem Cinta Alam Kelimat.
Sesampai di pulau, kami berkumpul dan menunggu untuk diberikan tempat tinggal. Kami dibahagikan kepada dua sahaja tempat tinggal iaitu chalet perempuan dan chalet lelaki. Alhamdulillah, keadaan dan suasana di sana agak lah selesa untuk diduduki selama dua hari. Semua orang berasa seronok apabila melihat suasana di tempat tersebut. Tetapi ada juga muka yang masih terpinga-pinga. Yelah, muka baru bangun tidur, faham-faham jelah.
Selepas selesai mengemas di chalet masing-masing, tepat pukul 12 tengah hari kami berkumpul di hadapan dewan untuk menjalani modul 1 yang telah dianjurkan oleh pihak HRM sendiri. Aktiviti yang dijalankan oleh mereka berbunyi "BINGO". Setiap orang perlu memenuhi tandatangan ahli-ahli laen untuk kategori masing-masing. Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli Gegar yang sebelum ini tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Kami juga telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu, Kumpulan Belut, Kumpulan Pacat, Kumpulan Yesss!!, Kumpulan Dendang dan juga Kumpulan UND. Ish3,.macam-macam jenis nama kumpulan.
Setelah selesai menjalani modul 1, kami berkumpul di dalam dewan untuk mendengar taklimat daripada tuan punye tempat. Semua mendengar dengan penuh kusyuk walaupun agak bosan sebenarnya. Kami diberikan sedikit taklimat mengenai keadaan tempat tersebut dan juga peraturan-peraturan yang perlu kami ikut sepanjang kami berada di sana. Kemudian, pada pukul 1.00 tengah hari, kami menjamu makan tengah hari dan solat berjemaah di surau yang telah disediakan.
Pada pukul 2 petang, kami berkumpul semula di dalam dewan untuk menjalani modul 2 yang telah di anjurkan oleh pihak fasilitator di sana iaitu belajar melihat kompas dan aplikasikan nya di sekitar kawasan tersebut.
Semua orang tengah menunggu giliran kumpulan masing-masing.
Dila
Urrrrmmmm, ape KAITAN kerusi ngan meja. Inilah Asisstant PNP tengah memikirkan jawapannya. Same-samelah kita tunggu jawapannya,.hihi. Sementara menunggu modul ini habis, kami sempat bermain game yang telah dicipta sendiri oleh HRM iaitu, game "APA KAITAN". Semua orang bersusah-payah mencari-cari apakah jawapannya.
Dikir, dikir barat siang malam,...ewahhhhh!!!
Boooria malam ini kami persembahkannnnnn.......
Ting Tong, Ting Tong,..Alexander!!!!!!!
Inilah penguin-penguin comel yang telah tersesat di kem kami di sana.
Pada malamnya, kami ada Malam Kebudayaan yang sangat happening. Setiap kumpulan perlu membuat persembahan mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu, boria, dikir barat, iklan, pentomen, dan juga lakonan.
Semua orang berseronok dengan gelak ketawa melihat gelagat ahli Gegar yang menghiburkan.
semua orang sabar menunggu giliran untuk terjun sungai,..hihi
Inilah gelagat-gelagat ahli yang tengah floating
Besok harinya, awal-awal pagi setelah sarapan, kami telah bersedia untuk melakukan aktiviti di sungai iaitu crossing river dan floating. Aktiviti ini sangat mencabar kerana kami dilepaskan seseorang demi seorang untuk "floating" di sungai. Sesetengah orang yang tidak pernah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti seperti ini seakan-akan mendapat pengalaman baru di sana.
gambar di hadapan dewan
inilah semua ahli Gegar yang mengikuti Family Day
Sebelum kami pulang ke kampus, kami sempat mengambil gambar beramai-ramai sebagai tanda ingatan. Semua orang berpuas hati dengan Family Day yang telah dianjurkan oleh HRM pada kali ini. Terima Kasih banyak-banyak kepada HRM department yang telah bersusah payah menghabiskan masa dan tenaga untuk menjayakan Family Day ini. Kami berangkat pulang setelah selesai solat zohor di sana. Walaupun kami berasa penat tetapi kami berasa sangat seronok.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.